Pendaftaran Sebagai Home Stokis As-Saheeh NAMA PENUH*EMEL* EMEL SAHKAN EMEL NO. TELEFON*JANTINA*LELAKIPEREMPUANUMUR*18-24 tahun25-34 tahun35-44 tahun45 tahun ke atasPEKERJAAN*BerkerjaBerkerja SendiriPelajarTidak BekerjaJENIS PEKERJAAN*KERAJAANSWASTANAMA SYARIKAT / PERNIAGAAN*Nama pekerjaan, syarikat, badan kerajaan, atau nama perniagaan.ALAMAT* Alamat Alamat 2 Bandar Negeri Poskod SYARAT-SYARAT MENJADI MASTER STOKIS AS-SAHEEH Warganegara Malaysia & Beragama Islam Mempunyai tempat simpanan sejuk beku (-18C) Sikap yang positif. Boleh melakukan penghantaran (delivery) ke pelanggan. Memahami bahawa perniagaan Ayam bukanlah satu perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Walaubagaimanapun ia adalah antara makanan ruji rakyat Malaysia yang menjanjikan pesanan ulang (repeat order) yang baik. Pesanan kedua perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dan secara automatik anda dikira berjaya mendaftarkan diri sebagai Home Stokis rasmi serta akan disenaraikan sebagai Home Stokis As-Saheeh. Pesanan minimum (MOQ) buat HOME STOKIS adalah 20 paket bagi pembelian pertama. Untuk pembelian seterusnya juga 20 paket. TERMA & SYARAT HOME STOKIS AS-SAHEEH Home Stokis mewakili HQ dalam urusan kepada dan pelanggan akhir As-Saheeh. Harga belian Home Stokis adalah dalam lingkungan 20% kurang dari harga jualan yang ditetapkan. Home Stokis TIDAK BOLEH menjual dengan harga kurang dari harga runcit (retail) yang telah ditetapkan oleh HQ. Home Stokis bertanggungjawab merancang serta memastikan stok yang cukup untuk bekalan perniagaan harian mereka. Stok dan Penghantaran : Home Stokis perlu membuat pembelian stok terus dari HQ melalui platfom unit3.my. Home Stokis bertanggungjawab untuk mengambil stok sendiri di HQ As-Saheeh, Kayu Ara. Home Stokis juga boleh menggunakan perkhidmatan hantaran seperti Lalamove yang diuruskan oleh Home Stokis sendiri. Home Stokis bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa stok yang dihantar mengikut perancangan perjalanan logistik HQ. Senarai Home Stokis di laman www.unit3.my dan www.foqusaky.com akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Home Stokis bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan yang telah didaftarkan. Cara dan caj penghantaran kepada pelanggan adalah terpulang kepada Home Stokis untuk tetapkan. Status Home Stokis akan dinilai dari semasa ke semasa untuk memastikan kehendak pelanggan dapat ditunaikan sebaiknya. Sebarang aduan terhadap Home Stokis berhak disiasat oleh pihak HQ tanpa pemberitahuan. Amalkan sikap positif dalam semua urusan. HQ berhak meminda sebarang terma dan syarat tanpa notis pemberitahuan. Home Stokis yang berdaftar perlu mengelakkan dari membuat promosi atau jualan produk ayam selain jenama As-Saheeh kepada Home Stokis lain yang berdaftar atau pelanggan (cross selling). Sebarang perlanggaran syarat boleh menyebabkan pembatalan lantikan Home Stokis. Home Stokis yang mahu membatalkan lantikan Home Stokis perlu menghantar notis kepada alamat emel contact@foqusaky.com Home Stokis yang telah terbatal statusnya dan ingin kembali menjadi Home Stokis As-Saheeh perlu menunggu 3 bulan dari tarikh pembatalan dan melalui proses permohonan semula. Wang pendaftaran Home Stokis tidak akan dikembalikan ketika pembatalan lantikan. Sebarang aktiviti pemasaran melalui media online perlu diselia untuk memastikan ianya seiring dengan terma dan syarat Home Stokis. Produk tertentu ada kalanya tidak dapat dibekalkan atas sebab-sebab tertentu termasuk kekurangan ayam, wabak penyakit, dan sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Pihak HQ tidak bertanggungjawab atas sebarang kontrak janji pembekalan yang dimetrai antara Home Stokis dengan pelanggan yang mungkin terjejas disebabkan oleh kekurangan bekalan. AKUJANJI* Saya setuju dengan kesemua terma dan syarat ditetapkan oleh pihak Foqus AKY Sdn Bhd (HQ) dalam selama mana saya menjadi Home Stokis As-Saheeh. Δ